SALAM SEJAHTERA

Monday, September 14, 2009

BERTAPA BERTUAHNYA PENEROKA FELDA.








KELEBIHAN PENEROKA FELDA

Saya mengambil kesempatan sempena menyambut Hari Raya Aidl Fitri yang bakal tiba mengucapkan jutaan terima kasih kepada FELDA dan Kerajaan di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mengambil berat tentang masyarakat Felda.

Saya ingin mengajak seluruh warga Peneroka Felda untuk sama-sama kita mengucapkan terima kasih kepada Felda dan Kerajaan yang memilih kita menjadi Peneroka Felda dan bersyukur kehadrat ALLAH Swt kerana menentukan kita berada dalam Rancangan Felda.

Kehidupan kita sebagai Peneroka Felda jauh lebih baik kalau hendak dibandingkan dengan mesyarakat luar Felda.

Contoh yang terbaik menjelang Hari Raya yang bakal tiba nanti, Saya dan seluruh masyarakat Felda di Malaysia ini menerima 4 bayaran sekali gus yang dibayar oleh pihak Felda bermula semalam.

Bayaran pertama ialah bonus Hari Raya yang diberikan oleh Felda setiap tahun sebanyak RM 350.00 (bersama Felda)dan RM 150.009Tidak bersama Felda)

Bayaran kedua Caruman Hari Raya yang dipotong daripada pendapatan peneroka sebanyak RM30.00 sebulan dan ada yang mendapat RM360.00 sebulan.

Bayaran ketiga Bonus Koperasi Peneroka Felda (KPF ) sebanyak 2.5% lebihan daripada bayaran dividen setiap tahun.

Bayaran keempat adalah pendapatan hasil bulanan daripada hasil sawit 10 ekar yang dimilik oleh Peneroka.

Sebab itu, saya menyatakan masyarakat Peneroka sangat-sangat beruntung berada di tanah Rancangan Felda dengan nikmat yang diterima begitu banyak.

OLEH ITU…… TEPUK DADA TANYALAH SELERA.

Sama-samalah kita memberi sokongan yang padu kepada FELDA dan KERAJAAN dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib sebagai tanda terima kasih kita kepada Ayahnda beliau yang mengadakan Felda ini.

TANPANYA DIMANAKAH KITA SEKARANG INI?.

Sama- sama kita fikirkan.Wasalam.

Wednesday, September 9, 2009

Pembunuhan Asimah disiasat dari pelbagai sudut
09/09/2009 4:58pm

KUALA TERENGGANU 9 Sept. — Polis akan menyiasat daripada pelbagai sudut berhubung pembunuhan bekas Ketua UMNO Cawangan Felda Mengkawang, Asimah Abdul Rahman, 51, semalam.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Supt K.Manoharan berkata, pihaknya turut akan menggunakan khidmat pakar forensik bagi mengesan bukti dan punca kejadian.
“Jangan buat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu kerana kita akan menyiasat daripada pelbagai sudut. Ini termasuk latar belakang mangsa dan bertanya jiran untuk mendapat gambaran sebenar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mayat Asimah yang juga Pengerusi Gabungan Pergerakan Wanita UMNO Felda Wilayah Terengganu, ditemui dalam keadaan terlentang berlumuran darah di ruang tamu rumahnya di Felda Mengkawang, Hulu Terengganu oleh jiran.

Ulasan Felda Setia:

Sama- samalah kita sedekah bacaan surah Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Asimah, semuga Allahyarhamah dicucuri Rahmat oleh ALLAH SWT.

Persoalanya kenapa perkara begini berlaku dalam Rancangan Felda?. Siapakah punya angkara ini ?.

Kita cukup sedih dan terkejut di atas peristiwa yang berlaku ini, Apakah kerana tanah rancangan ini sudah tidak selamat untuk diduduki ?. Atau terlalu luas kebebasan yang kita berikan dalam Rancangan Felda ini ?. Ataupun Felda tidak memberi keutamaan dari segi keselamatan kepada masyarakat Felda ?. SAMA-SAMA KITA RENUNGKAN.

Bagi saya , tidak perlu kita salahkan sesiapa dalam kejadian sebegini, kita serahkan kepada pehak polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan.

Apa yang perlu kita ambil penganjaran dalam kes ini ialah kita perlu ada kerjasama yang erat dalam rancangan untuk menentukan keselamatan masyrakat Felda terjamin.Jangan sesekali kita asingkan diri kita dengan masyarakat,jangan kita jauhkan diri kita oleh kerana kelainan fahaman politik. Kita mesti bersatu dalam apa jua perkara diantara satu sama lain untuk mempastikan keselamatan rancangan kita terjamin.

Satu ingatan kepada para Penerokawati, harus berwaspada apabila berada di rumah keseorangan. jangan mudah kita menerima tetamu yang tidak kita kenali, jangan sesekali kita memakai barang kemas yang berharga apabila berada di rumah.Kita tidak tahu yang mana jahat dan yang mana baik.

Kepada pengurusan Felda juga, sama -sama kita fikirkan bagaimana langkah seterusnya perlu dilakukan demi mempastikan keselamatan Rancangan tetap terjamin. Kita ada polis Felda, Kita ada buruh pendatang asing. Kita juga biarkan jurujual dari luar bebas memasuki ke rancangan kita dan segala-galanya kita biarkan.

OLEH ITU AMBILAH IKHTIBAR DALAM PERISTIWA INI.

Friday, August 21, 2009

BERTAPA BERTUAHNYA KITA








SELAMAT BERPUASA.




Selamat berpuasa diucapkan kepada seluruh warga Felda, semuga kita dapat menunaikan ibadat puasa kali ini dalam keadaan yang sihat dan suasana yang cukup tenang.




Mungkin tahun ini puas kita lebih sempurna daripada tahun-tahun sebelumnya. Kali ini mungkin kita tidak lagi membeli sayur kerana kempen Felda agar setiap peneroka menanam sayuran sendiri di halaman rumah cukup berjaya.




Kejayaan ini membuktikan kepada masyarakat luar Felda bahawa apa sahaja yang disarankan oleh Felda maka ianya akan dilaksanakan oleh Masyarakat Felda dengan jayanya.




Kita sebagai warga Felda sesungguhnya cukup beruntung kalau hendak dibandingkan dengan rakan-rakan kita yang tidak berpeluang seperti kita.




Cuba kita renungkan sama-sama secara rasional. Apa yang tidak dibantu oleh Felda dan Kerajaan kepada masyarakat peneroka Felda?.Daripada meningkatkan ekonomi, pendidikan, kesihatan semua ada bantuan Felda.




Sekarang, YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Najib Tun Abdul Razak memberi tugas kepada Felda supaya menjadi 'GEDUNG MAKANAN NEGARA'. YAB PM mahu melihat semua warga Felda menyahut dan memain peranan harapannya akan menjadi kenyataan.




Felda akan menjadi pegeluar makanan iaitu pisang, cili kulai dan daging lembu dan semua tanggungjawab ini diserahkan kepada warga peneroka untuk melaksanakan. Felda akan memberi segala keperluannya dan peneroka hanya menguruskannya.




Untuk mempastikan semua peneroka terlibat, buat permulaannya setiap peneroka diberi benih cili kulai untuk diuruskan di halaman rumah mereka sendiri. Cuba kita hitung berapa jumlah peneroka seluruh Malaysia ? dan dikali dengan 25 pokok cili kulai, berapa tan cili kulai akan dikelurkan oleh Felda ?.




Inilah kelainan yang ada dalam Felda, sehinggakan nak menanam sayur pun Felda bantu. Bertapa bertuahnya kita sebagai warga Felda.




Semuga di bulan baik ini, sambil kita beribadat kepada ALLAh SWT, SAMA - SAMALAH KITA RENUNGKAN BAHAWA BERTAPA BERTUAHNYA KITA SABAGAI WARGA FELDA.




SAMA - SAMALAH KITA MEMBERI SOKONGAN KEPADA FELDA DAN KERAJAAN DI ATAS KEPERIHATINAN MEREKA KEPADA KITA. Ingat, menjelang Hari Raya ada lagi yang akan diberikan oleh Felda dan Kerajaan kepada kita. BERSYUKURLAH KITA DAN JANGANLAH KITA MENJADI ORANG YANG KUFUR. Wassalam.






Tuesday, August 18, 2009

KENAPA JADI BEGINI ?

Peneroka desak tukar pengurus Felda
Oleh Shaarani Ismailshaarani@bharian.com.my

Penduduk dakwa tiada kerjasama, ketepi keputusan JKKK

KUALA TERENGGANU: Penduduk Felda Belara di sini, mengadakan perhimpunan aman bagi mendesak Pengurus Felda Belara yang disifatkan sebagai 'Little Napoleon' ditukarkan kerana tidak dapat bekerjasama dengan peneroka serta membelakangkan ketetapan yang diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Pengerusi JKKK Felda Belara, Yassin Mat Hasan, berkata memorandum bantahan sudah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Pengerusi Felda, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor dan Pengurus Besar Felda Wilayah Terengganu, Faizoull Ahmad.

Ulasan Felda Setia :

Kenapa perkara ini boleh berlaku ?. Di mana silapnya.

Saya percaya kepimpinan tertinggi Felda sememangnya diakui mudah diajak berunding dan tidak sepatutnya perkara begini berlaku.

Diharap pada masa depan perkara ini tidak akan berlaku, sama-samalah kita jagai hubungan yang cukup baik ini.

Kepada pengurusan Felda , diharap kerap-kerap turun ke Rancangan dan tinjau-tinjaulah dan bantu apa yang sepatut dibantu jangan hanya mengharapkan laporan daripada pengurusan rancangan saja.

Tidak ada perkara yang tidak boleh diselesaikan asalkan kita sanggup berusaha untuk menyelesaikan.

Kepada kepimpinan rancangan , kita gunakan saluran yang betul untuk menyelesaikan masalah. Kita ada banyak saluran yang boleh digunakan untuk menyelsaikan masalah seperti ini.

SAMA-SAMALAH KITA HARGAI SUMBANGAN FELDA KEPADA KITA SEMUA.

Friday, August 14, 2009

SEMINAR PENEROKA FELDA 2009













FELDA GEDUNG MAKANAN NEGARA.


Felda baru selesai mengadakan Seminar Kepimpinan Peneroka 2009 di Dewan Perdana Felda bermula pada 13.08.2009 dan berakhir pada tengahari ini (14.08.2009).

Tajuk Seminar pada tahun ini adalah FELDA GEDUNG MAKANAN NEGARA. Para peserta seminar adalah terdiri daripada Ketua -Ketua Peneroka dan Penerokawati serta kepimpinan belia dan Usahawan yang berjaya dari seluruh Malaysia.

Tujuan Seminar diadakan adalah bagi memberi pendedahan dan maklumat-maklumat terkini kepada para kepimpinan bagi menjayakan misi dan harapan YAB Dato Seri Najib,Perdana Menteri Malaysia agar Felda menjadi gedung makanan negara.

Dalam seminar ini pihak Felda telah berjaya menampilkan beberapa usahawan yang telah berjaya dan akan menjadi roll model kepada semua.

Antara usahawan yang berjaya ialah penampilan generasi kedua Felda yang lulusan diploma dan ijazah , sanggup meletakkan ijazah mereka di dalam almari dan meletakkan jawatan untuk menceburi bidang pertanian dan ternakan.

Suadara Mahad Akmal Abdul Hadi adalah anak peneroka Felda Kerantong 7 lulusan diploma telah menjalankan projek cili kulai dengan jayanya walaupun tanpa pengalaman dalam bidang tersebut dan telah meraikan keuntungan yang cukup baik.

Begitu juga seorangan beliawanis generasi kedua Felda dari Felda Lepar Hilir 2 iaitu Wardatul Fadhilah Amir Nazri lulusan ijazah telah berjaya menjalankan projek ternak ikan keli dan kini telah berjaya membuka 3 buah syarikat dan sekarang yang sedang mencipta keropok daripada ikan keli.

Inilah sebahagian hasil yang dilahirkan oleh Felda dan berharap akan menjadi contoh kepada Generasi kedua felda yang masih lagi beranggapan berada di dalam rancangan Felda tidak boleh menjamin masa depan mereka. hari ini kedua-dua generasi kedua ini telah membuktikannya bahawa jika kita bersungguh-sungguh dan rajin berusaha, kita akan berjaya.

Bagi peneroka-peneroka yang beranggapan susah untuk mencari pendapatan tambahan di dalam rancangan. Seminar ini juga telah mendedahkan seorang Peneroka yang tidak ada apa-apa kelulusan telah berjaya mendapat pendapatan RM 10 ribu sebulan daripada hasil projek ternakan lembunya . Beliau adalah En. Mat Zin Ali daripada Felda Purun yang sekarang ini menjalankan projek ternakan lembu dan jumlah lembu yang diternak sekarang lebih daripada 400 ekor. Rahsia kejayaannya adalah 'DIMANA ADA KEMAHUAN DISITU ADA KEJAYAAN'.Pengorbanan yang terpaksa dihadapi oleh beliau adalah sanggup berhujan dan berpanas bersama-sama lembunya di ladang dan kadang-kadang terpaksa tidur dikandang lembu.

Inilah beberapa contoh yang di terjemahkan dalam seminar ini dan saya yakin jika kita bersungguh-sungguh pasti kita akan berjaya.


DIHARAP KEPADA SEMUA PENEROKA FELDA DI SELURUH PELUSUK RANTAU SAHUTLAH CABARAN YAB PERDANA MENTERI KITA DATO SERI NAJIB YANG INGIN MELIHAT FELDA SEBAGAI GEDUNG MAKANAN NEGARA.

Tak usahlah kita asyik dok cerita bak remeh temeh, kita ambil kesempatan ini. FELDA memberi peluang kepada semua tetapi kadang-kadang kita sendiri yang menghalangkannya peluang itu.

Untuk akhirnya ada satu pesanan yang diberikan oleh petugas Felda kepada saya semasa saya mula-mula masuk Felda menjadi seorang Peneroka.

Katanya:

' JIKA INGINKAN KEKAYAAN DIDALAM FELDA JANGAN SEKALI- KALI MEMEGANG APA-APA JAWATAN DAN JIKA INGINKAN JAWATAN,JANGAN SESEKALI BAYANGKAN KEKAYAAN.

FIKIR-FIKIRKANLAH WAHAI PENEROKA.

Tuesday, July 7, 2009

SAMBUTAN HARI PENEROKA FELDA








Felda gedung makanan negara

SEGAMAT 7 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Felda perlu melalui proses pemodenan dalam usaha transformasi pembangunan tanahnya dengan muncul sebagai Gedung Makanan Negara pada masa akan datang.
Perdana Menteri yang menyifatkan Felda kini mula memasuki fasa kedua pembangunannya berkata, impian menjadi Gedung Makanan Negara dapat direalisasikan dengan menanam pelbagai jenis tanaman seperti sayur-sayuran di kawasan lapang secara berskala besar.
Menurutnya, impian itu merupakan salah satu misi dalam konsep Felda moden bukan sahaja bagi menambah pendapatan peneroka dan ahli keluarga tetapi juga mampu mengurangkan import bahan makanan dari luar negara.
“Pada fasa pertama, Felda membuka tanah untuk dijadikan ladang dan bagi fasa kedua pula, Felda perlu membuka minda kepada segala kejayaan yang tidak pernah difikirkan.
“Setiap peneroka memiliki empat hektar tanah dan kawasan yang lapang atau kosong boleh digunakan untuk menanam tanaman bagi mendatangkan pendapatan tambahan kepada mereka,” katanya semasa melancarkan sambutan Hari Peneroka 2009 di Felda Maokil dekat sini hari ini.



Ulasan Felda Setia.


Kawe sungguh teruja dengan ucapan YAB Dato Seri Najib Tun Razak,Perdana Menteri Malaysia di Majlis Sambutan Hari Peneroka semalam. Ucapan yang cukup bermakna kepada warga Felda.

Dengan tambahan peruntukan pembesaran rumah sebanyak RM225 juta, maka hari ini rakan-rakan kawe yang tertunggu-tunggu dengan pengumuman ini sangat-sangat gembira kerana harapan mereka untuk membesarkan rumah akan menjadi kenyataan.


Ditambah peruntukan bagi projek ekonomi dengan peruntukan yang diberikan sebanyak RM10 juta menunjukkan PM benar-benar ingin melihat masyarakat Felda berjaya.


Slogan "1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAMPAIAN DI UTAMAKAN, benar-benar menjadi kenyataan.


Maka hari ini, sebagai warga Felda sama-sama kita fikirkan bertapa bertuahnya kita menjadi masyarakat Felda. Kalau kita nak bandingkan dengan masyarakat luar terlalu jauh bezanya.


Kepada Rakan-rakan seluruh Warga Felda,

Kini hanya terletak kepada keinginan kita, samaada kita memilih jalan yang telah di bina oleh PM kita ini atau kita memilih jalan kita sendiri. Kita jangan mudah terpedaya dengan kumpulan yang ingin melihat warga Felda hidup dalam kesusahan yang hanya bertujuan berkepentingan politik.


Kita kena ingat, jasa Kerajaan BN amatlah besar sejak daripada Allahyarham Tun Razak hinggalah sampai dibawah kepimpinan anaknya (Dato Seri Najib). Kita renung satu persatu sejak mula kita memasukki Felda hingga sekarang, apa yang telah disediakannya semua untuk melihat warga Peneroka hidup dalam kesenangan.


Kawe cukup terkilan kerana ada setengah rakan-rakan kita yang melihat berada di tanah rancangan Felda menyusahkan mereka. Tapi kawe tidak menyalahkan mereka kerana mungkin mereka terpendaya dengan pihak luar yang irihati dan cuba nak melihat masyarakat Felda hidup porak perada dan akan mengambil kesempatan didalam keadaan tersebut.


Oleh itu, kawe ingin mengajak rakan-rakan yang telah terpendaya dengan kumpulan yang berkenptingan politik itu untuk kita sama-sama menyahut saranan YAB Perdana Menteri yang ingin melihat masyarakat Felda berjaya bukan hanya setakat di Malaysia tapi di peringkat dunia. Marilah kita sama-sama menjayakan cita-cita PM untuk menjadikan Tanah Rancangan Felda adalah GEDUNG MAKANAN NEGARA.

Thursday, May 21, 2009

KUANTAN [5.00 am] - Satu laporan polis besar-besaran akan dibuat di IPD Kuantan jam 10.00 pagi ini oleh Saudara Mazlan Aliman (foto), Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (ANAK) berhubung dengan kezaliman pihak Felda yang mengugut para peneroka yang terlibat membuat kerja tanam semula. Banyak laporan yang diterima daripada kalangan peneroka Felda tentang perkara ini, malah ada dikalangan mereka adalah terdiri daripada pemimpin dan ahli UMNO sendiri yang telah sekian lama menyokong kerajaan. Tindakan mengugut dan menahan hak mereka amatlah bertentangan dengan dasar kemanusia itu sendiri. Peneroka yang menanam semula secara sendiri dianggap sebagai pengkhianat kepada Felda. Walhal, mereka sebenarnya sudah habis membayar segala hutang kepada Felda dan telah mendapat Geran Hak Milik masing-masing. Atas faktor keuntungan yang berlipat ganda serta mahu para peneroka terus "dicucuk hidung umpama lembu" dengan Felda, maka mereka dipaksa untuk menyerahkan kembali proses tanaman semula kepada Felda. Ini akan menyebabkan para peneroka terbabit sekali lagi menanggung bebanan hutang "pusingan kedua" hinggalah mereka menghembuskan nafas mereka di muka bumi ini. Malahan hutang itu pula, bakal ditanggung oleh generasi kedua Felda setelah ibubapa mereka meninggal dunia. Ini menunjukkan bahawa tiada ertinya para peneroka terbabit mendapat geram Hak Milik seperti yang diwar-warkan. Sudah agak lama para peneroka Felda di seluruh negara tertipu dengan dasar ini

Tuesday, May 19, 2009

LAWATAN TIM MENTERI DI JPM

YB Tuan Haji Ahmad Bin Haji Maslan (Tim Menteri di JPM) telah mengadakan program melawat kawasan Tanah Rancangan Felda. Terbaru ialah di Felda Bukit Sagu 2. Sebelum itu,sebanyak 4 buah Felda talah beliau lawatan. Di Felda Bukit Sagu 2, beliau sampai di rancangan ini lebih kurang jam 11.00 malam sebelum itu belaiu sempat menyampaikan ceramah di Kem BTN Bukit Sagu. Beliau telah memilih untuk menginap di salah sebuah rumah peneroka. Di sini beliau sempat beramah mesra dengan masyarakat berhampiran rumah tersebut, suasana dan sambutan sangat baik. Pada paginya beliua bersolat di Masjid dan seterus memberi tazkirah lebih kurang 45 minit yang menjelaskan tentang 5 perkara tentang FELDA. Selepas itu, Beliau bersama-sama masyarakat telah singgah minum di sebuah warung untuk sarapan pagi sebelum bertolak ke Kilang OPF untuk meninjau perkembangan kilang pertama yang dibina oleh FELDA. Lawatan YB Ahmad Maslan ini diiringi oleh YB Dato Haji Sohaimi Mohd Shah ( ADUN Sg Lembing )

Program ini sangat -sangat berkesan dan sewajarnya ianya dilakukan sekerap mungkin. Sambutan dari masyarakat sungguh baik dan pendekatan YB bermesra dengan masyarakat cukup memberi kesan yang baik. Di harap kepada semua pemimpin, bersama-samalah kita jadikan contoh agar rakyat dan masyarakat akan terus memberi keyakinan dan kepercayaan kepada kerajaan Barisan Nasional.

Sunday, March 15, 2009

RENUNGKANLAH....

UNTUK RENUNGAN MASYARAKAT FELDA.
Sebagai seorang Peneroka Felda samada yang telah mendapat geran hak milik ataupun yang masih lagi belum mendapat hak milik. Marilah kita merenungi sejenak dari mana kita datang?, Bagaimana kehidupan kita sebelum memasuki Tanah Rancangan Felda, Bagaimana keadaan keluarga kita semasa itu. HARI INI, Bagaimana kita sekarang ?. Apa yang telah kita miliki setelah sekian lama kita berada di Tanah Rancangan FELDA ?. Apakah kehidupan kita sekarang ini lebih susah daripada sebelum kita memasuki FELDA ?.
Apakah kita sedar bahawa apa yang kita miliki sekarang ini adalah anugerah ALLAH swt melalui kerajaan sekarang (BN). Dulu kita hidup begitu susah bak kata perpatah "Kais pagi makan pagi kais petang makan petang" tapi sekarang bagaimana kita. Tanah yang kita miliki sekarang ini adalah pemberian kerajaan (BN), TAHUKAH KITA, apa yang kita bayar kepada FELDA selama ini adalah kos pembangunan bukannya kita membayar tanah yang kita milik sekarang ini.
HARI INI BAGAIMANA KITA ?.
Sama - sama lah kita renungi apa yang telah kita dapat selama kita berada di FELDA ini.
ANAK-ANAK : Bagaimana tentang pendidikannya.Bagaimana bantuan Felda tentang pendidikan anak - anak kita?.
RUMAH : Bagaimana keadaan rumah kita sekarang? adakah seperti mula-mula kita masuk FELDA dulu ataupun sudah berubah. Dari rumah kayu kepada rumah batu. Kalau belum berubah kenapa?. Bagaimana dengan rumah jiran- jiran kita, adakah mereka juga sama seperti kita ataupun rumah mereka sudah berubah jauh lebih dari kita atau kita lebih dari mereka. Kalau kita seperti dulu kenapa?. Adakah Felda tidak memberi peluang kepada kita ataupun FELDA tidak membantu kita. Ataupun kerana KITA yang tidak mahu berubah dan kita suka menyalahkan orang lain?. RENUNGKANLAH. akan disambung.

Wednesday, March 11, 2009

KENALILAH KITA

Kita sebagai rakyat Malaysia yang telah diplilh oleh Kerajaan BN untuk memasuki Tanah Rancangan Felda sewajarnya bersyukur kerana kita dapat hidup dalam Felda dalam keadaan yang cukup istimewa serba mewah jika hendak dibandingkan dengan masyarakat kampung.
Oleh itu, saya berharap sama -sama lah kita menyokong kerajaan yang sedia ada ini dan jangan sesekali kita menjadi menusia yang KUFUR.