SALAM SEJAHTERA

Tuesday, May 19, 2009

LAWATAN TIM MENTERI DI JPM

YB Tuan Haji Ahmad Bin Haji Maslan (Tim Menteri di JPM) telah mengadakan program melawat kawasan Tanah Rancangan Felda. Terbaru ialah di Felda Bukit Sagu 2. Sebelum itu,sebanyak 4 buah Felda talah beliau lawatan. Di Felda Bukit Sagu 2, beliau sampai di rancangan ini lebih kurang jam 11.00 malam sebelum itu belaiu sempat menyampaikan ceramah di Kem BTN Bukit Sagu. Beliau telah memilih untuk menginap di salah sebuah rumah peneroka. Di sini beliau sempat beramah mesra dengan masyarakat berhampiran rumah tersebut, suasana dan sambutan sangat baik. Pada paginya beliua bersolat di Masjid dan seterus memberi tazkirah lebih kurang 45 minit yang menjelaskan tentang 5 perkara tentang FELDA. Selepas itu, Beliau bersama-sama masyarakat telah singgah minum di sebuah warung untuk sarapan pagi sebelum bertolak ke Kilang OPF untuk meninjau perkembangan kilang pertama yang dibina oleh FELDA. Lawatan YB Ahmad Maslan ini diiringi oleh YB Dato Haji Sohaimi Mohd Shah ( ADUN Sg Lembing )

Program ini sangat -sangat berkesan dan sewajarnya ianya dilakukan sekerap mungkin. Sambutan dari masyarakat sungguh baik dan pendekatan YB bermesra dengan masyarakat cukup memberi kesan yang baik. Di harap kepada semua pemimpin, bersama-samalah kita jadikan contoh agar rakyat dan masyarakat akan terus memberi keyakinan dan kepercayaan kepada kerajaan Barisan Nasional.

1 comment:

  1. terlalu berbeza antara kami orang kampung dengan peneroka felda yang mendapat bermacam macam bantuan seperti ditatang bagai anak emas kerajaan..tetapi kenapa ada yang tak sedar diri juga nak bangkang kerajaaan..kalu kami orang kampung ni patutla mohon pembelaan dari kerajaan... cubalah sedar diri sikit!

    ReplyDelete