SALAM SEJAHTERA

Friday, August 21, 2009

BERTAPA BERTUAHNYA KITA








SELAMAT BERPUASA.




Selamat berpuasa diucapkan kepada seluruh warga Felda, semuga kita dapat menunaikan ibadat puasa kali ini dalam keadaan yang sihat dan suasana yang cukup tenang.




Mungkin tahun ini puas kita lebih sempurna daripada tahun-tahun sebelumnya. Kali ini mungkin kita tidak lagi membeli sayur kerana kempen Felda agar setiap peneroka menanam sayuran sendiri di halaman rumah cukup berjaya.




Kejayaan ini membuktikan kepada masyarakat luar Felda bahawa apa sahaja yang disarankan oleh Felda maka ianya akan dilaksanakan oleh Masyarakat Felda dengan jayanya.




Kita sebagai warga Felda sesungguhnya cukup beruntung kalau hendak dibandingkan dengan rakan-rakan kita yang tidak berpeluang seperti kita.




Cuba kita renungkan sama-sama secara rasional. Apa yang tidak dibantu oleh Felda dan Kerajaan kepada masyarakat peneroka Felda?.Daripada meningkatkan ekonomi, pendidikan, kesihatan semua ada bantuan Felda.




Sekarang, YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Najib Tun Abdul Razak memberi tugas kepada Felda supaya menjadi 'GEDUNG MAKANAN NEGARA'. YAB PM mahu melihat semua warga Felda menyahut dan memain peranan harapannya akan menjadi kenyataan.




Felda akan menjadi pegeluar makanan iaitu pisang, cili kulai dan daging lembu dan semua tanggungjawab ini diserahkan kepada warga peneroka untuk melaksanakan. Felda akan memberi segala keperluannya dan peneroka hanya menguruskannya.




Untuk mempastikan semua peneroka terlibat, buat permulaannya setiap peneroka diberi benih cili kulai untuk diuruskan di halaman rumah mereka sendiri. Cuba kita hitung berapa jumlah peneroka seluruh Malaysia ? dan dikali dengan 25 pokok cili kulai, berapa tan cili kulai akan dikelurkan oleh Felda ?.




Inilah kelainan yang ada dalam Felda, sehinggakan nak menanam sayur pun Felda bantu. Bertapa bertuahnya kita sebagai warga Felda.




Semuga di bulan baik ini, sambil kita beribadat kepada ALLAh SWT, SAMA - SAMALAH KITA RENUNGKAN BAHAWA BERTAPA BERTUAHNYA KITA SABAGAI WARGA FELDA.




SAMA - SAMALAH KITA MEMBERI SOKONGAN KEPADA FELDA DAN KERAJAAN DI ATAS KEPERIHATINAN MEREKA KEPADA KITA. Ingat, menjelang Hari Raya ada lagi yang akan diberikan oleh Felda dan Kerajaan kepada kita. BERSYUKURLAH KITA DAN JANGANLAH KITA MENJADI ORANG YANG KUFUR. Wassalam.






Tuesday, August 18, 2009

KENAPA JADI BEGINI ?

Peneroka desak tukar pengurus Felda
Oleh Shaarani Ismailshaarani@bharian.com.my

Penduduk dakwa tiada kerjasama, ketepi keputusan JKKK

KUALA TERENGGANU: Penduduk Felda Belara di sini, mengadakan perhimpunan aman bagi mendesak Pengurus Felda Belara yang disifatkan sebagai 'Little Napoleon' ditukarkan kerana tidak dapat bekerjasama dengan peneroka serta membelakangkan ketetapan yang diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Pengerusi JKKK Felda Belara, Yassin Mat Hasan, berkata memorandum bantahan sudah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Pengerusi Felda, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor dan Pengurus Besar Felda Wilayah Terengganu, Faizoull Ahmad.

Ulasan Felda Setia :

Kenapa perkara ini boleh berlaku ?. Di mana silapnya.

Saya percaya kepimpinan tertinggi Felda sememangnya diakui mudah diajak berunding dan tidak sepatutnya perkara begini berlaku.

Diharap pada masa depan perkara ini tidak akan berlaku, sama-samalah kita jagai hubungan yang cukup baik ini.

Kepada pengurusan Felda , diharap kerap-kerap turun ke Rancangan dan tinjau-tinjaulah dan bantu apa yang sepatut dibantu jangan hanya mengharapkan laporan daripada pengurusan rancangan saja.

Tidak ada perkara yang tidak boleh diselesaikan asalkan kita sanggup berusaha untuk menyelesaikan.

Kepada kepimpinan rancangan , kita gunakan saluran yang betul untuk menyelesaikan masalah. Kita ada banyak saluran yang boleh digunakan untuk menyelsaikan masalah seperti ini.

SAMA-SAMALAH KITA HARGAI SUMBANGAN FELDA KEPADA KITA SEMUA.

Friday, August 14, 2009

SEMINAR PENEROKA FELDA 2009













FELDA GEDUNG MAKANAN NEGARA.


Felda baru selesai mengadakan Seminar Kepimpinan Peneroka 2009 di Dewan Perdana Felda bermula pada 13.08.2009 dan berakhir pada tengahari ini (14.08.2009).

Tajuk Seminar pada tahun ini adalah FELDA GEDUNG MAKANAN NEGARA. Para peserta seminar adalah terdiri daripada Ketua -Ketua Peneroka dan Penerokawati serta kepimpinan belia dan Usahawan yang berjaya dari seluruh Malaysia.

Tujuan Seminar diadakan adalah bagi memberi pendedahan dan maklumat-maklumat terkini kepada para kepimpinan bagi menjayakan misi dan harapan YAB Dato Seri Najib,Perdana Menteri Malaysia agar Felda menjadi gedung makanan negara.

Dalam seminar ini pihak Felda telah berjaya menampilkan beberapa usahawan yang telah berjaya dan akan menjadi roll model kepada semua.

Antara usahawan yang berjaya ialah penampilan generasi kedua Felda yang lulusan diploma dan ijazah , sanggup meletakkan ijazah mereka di dalam almari dan meletakkan jawatan untuk menceburi bidang pertanian dan ternakan.

Suadara Mahad Akmal Abdul Hadi adalah anak peneroka Felda Kerantong 7 lulusan diploma telah menjalankan projek cili kulai dengan jayanya walaupun tanpa pengalaman dalam bidang tersebut dan telah meraikan keuntungan yang cukup baik.

Begitu juga seorangan beliawanis generasi kedua Felda dari Felda Lepar Hilir 2 iaitu Wardatul Fadhilah Amir Nazri lulusan ijazah telah berjaya menjalankan projek ternak ikan keli dan kini telah berjaya membuka 3 buah syarikat dan sekarang yang sedang mencipta keropok daripada ikan keli.

Inilah sebahagian hasil yang dilahirkan oleh Felda dan berharap akan menjadi contoh kepada Generasi kedua felda yang masih lagi beranggapan berada di dalam rancangan Felda tidak boleh menjamin masa depan mereka. hari ini kedua-dua generasi kedua ini telah membuktikannya bahawa jika kita bersungguh-sungguh dan rajin berusaha, kita akan berjaya.

Bagi peneroka-peneroka yang beranggapan susah untuk mencari pendapatan tambahan di dalam rancangan. Seminar ini juga telah mendedahkan seorang Peneroka yang tidak ada apa-apa kelulusan telah berjaya mendapat pendapatan RM 10 ribu sebulan daripada hasil projek ternakan lembunya . Beliau adalah En. Mat Zin Ali daripada Felda Purun yang sekarang ini menjalankan projek ternakan lembu dan jumlah lembu yang diternak sekarang lebih daripada 400 ekor. Rahsia kejayaannya adalah 'DIMANA ADA KEMAHUAN DISITU ADA KEJAYAAN'.Pengorbanan yang terpaksa dihadapi oleh beliau adalah sanggup berhujan dan berpanas bersama-sama lembunya di ladang dan kadang-kadang terpaksa tidur dikandang lembu.

Inilah beberapa contoh yang di terjemahkan dalam seminar ini dan saya yakin jika kita bersungguh-sungguh pasti kita akan berjaya.


DIHARAP KEPADA SEMUA PENEROKA FELDA DI SELURUH PELUSUK RANTAU SAHUTLAH CABARAN YAB PERDANA MENTERI KITA DATO SERI NAJIB YANG INGIN MELIHAT FELDA SEBAGAI GEDUNG MAKANAN NEGARA.

Tak usahlah kita asyik dok cerita bak remeh temeh, kita ambil kesempatan ini. FELDA memberi peluang kepada semua tetapi kadang-kadang kita sendiri yang menghalangkannya peluang itu.

Untuk akhirnya ada satu pesanan yang diberikan oleh petugas Felda kepada saya semasa saya mula-mula masuk Felda menjadi seorang Peneroka.

Katanya:

' JIKA INGINKAN KEKAYAAN DIDALAM FELDA JANGAN SEKALI- KALI MEMEGANG APA-APA JAWATAN DAN JIKA INGINKAN JAWATAN,JANGAN SESEKALI BAYANGKAN KEKAYAAN.

FIKIR-FIKIRKANLAH WAHAI PENEROKA.