SALAM SEJAHTERA

Friday, August 14, 2009

SEMINAR PENEROKA FELDA 2009













FELDA GEDUNG MAKANAN NEGARA.


Felda baru selesai mengadakan Seminar Kepimpinan Peneroka 2009 di Dewan Perdana Felda bermula pada 13.08.2009 dan berakhir pada tengahari ini (14.08.2009).

Tajuk Seminar pada tahun ini adalah FELDA GEDUNG MAKANAN NEGARA. Para peserta seminar adalah terdiri daripada Ketua -Ketua Peneroka dan Penerokawati serta kepimpinan belia dan Usahawan yang berjaya dari seluruh Malaysia.

Tujuan Seminar diadakan adalah bagi memberi pendedahan dan maklumat-maklumat terkini kepada para kepimpinan bagi menjayakan misi dan harapan YAB Dato Seri Najib,Perdana Menteri Malaysia agar Felda menjadi gedung makanan negara.

Dalam seminar ini pihak Felda telah berjaya menampilkan beberapa usahawan yang telah berjaya dan akan menjadi roll model kepada semua.

Antara usahawan yang berjaya ialah penampilan generasi kedua Felda yang lulusan diploma dan ijazah , sanggup meletakkan ijazah mereka di dalam almari dan meletakkan jawatan untuk menceburi bidang pertanian dan ternakan.

Suadara Mahad Akmal Abdul Hadi adalah anak peneroka Felda Kerantong 7 lulusan diploma telah menjalankan projek cili kulai dengan jayanya walaupun tanpa pengalaman dalam bidang tersebut dan telah meraikan keuntungan yang cukup baik.

Begitu juga seorangan beliawanis generasi kedua Felda dari Felda Lepar Hilir 2 iaitu Wardatul Fadhilah Amir Nazri lulusan ijazah telah berjaya menjalankan projek ternak ikan keli dan kini telah berjaya membuka 3 buah syarikat dan sekarang yang sedang mencipta keropok daripada ikan keli.

Inilah sebahagian hasil yang dilahirkan oleh Felda dan berharap akan menjadi contoh kepada Generasi kedua felda yang masih lagi beranggapan berada di dalam rancangan Felda tidak boleh menjamin masa depan mereka. hari ini kedua-dua generasi kedua ini telah membuktikannya bahawa jika kita bersungguh-sungguh dan rajin berusaha, kita akan berjaya.

Bagi peneroka-peneroka yang beranggapan susah untuk mencari pendapatan tambahan di dalam rancangan. Seminar ini juga telah mendedahkan seorang Peneroka yang tidak ada apa-apa kelulusan telah berjaya mendapat pendapatan RM 10 ribu sebulan daripada hasil projek ternakan lembunya . Beliau adalah En. Mat Zin Ali daripada Felda Purun yang sekarang ini menjalankan projek ternakan lembu dan jumlah lembu yang diternak sekarang lebih daripada 400 ekor. Rahsia kejayaannya adalah 'DIMANA ADA KEMAHUAN DISITU ADA KEJAYAAN'.Pengorbanan yang terpaksa dihadapi oleh beliau adalah sanggup berhujan dan berpanas bersama-sama lembunya di ladang dan kadang-kadang terpaksa tidur dikandang lembu.

Inilah beberapa contoh yang di terjemahkan dalam seminar ini dan saya yakin jika kita bersungguh-sungguh pasti kita akan berjaya.


DIHARAP KEPADA SEMUA PENEROKA FELDA DI SELURUH PELUSUK RANTAU SAHUTLAH CABARAN YAB PERDANA MENTERI KITA DATO SERI NAJIB YANG INGIN MELIHAT FELDA SEBAGAI GEDUNG MAKANAN NEGARA.

Tak usahlah kita asyik dok cerita bak remeh temeh, kita ambil kesempatan ini. FELDA memberi peluang kepada semua tetapi kadang-kadang kita sendiri yang menghalangkannya peluang itu.

Untuk akhirnya ada satu pesanan yang diberikan oleh petugas Felda kepada saya semasa saya mula-mula masuk Felda menjadi seorang Peneroka.

Katanya:

' JIKA INGINKAN KEKAYAAN DIDALAM FELDA JANGAN SEKALI- KALI MEMEGANG APA-APA JAWATAN DAN JIKA INGINKAN JAWATAN,JANGAN SESEKALI BAYANGKAN KEKAYAAN.

FIKIR-FIKIRKANLAH WAHAI PENEROKA.

1 comment:

  1. boleh lawati blog kami di www.aflah-aquatech.blogspot.com daripada rasdi dan wardatul fadhilah

    ReplyDelete