SALAM SEJAHTERA

Tuesday, August 18, 2009

KENAPA JADI BEGINI ?

Peneroka desak tukar pengurus Felda
Oleh Shaarani Ismailshaarani@bharian.com.my

Penduduk dakwa tiada kerjasama, ketepi keputusan JKKK

KUALA TERENGGANU: Penduduk Felda Belara di sini, mengadakan perhimpunan aman bagi mendesak Pengurus Felda Belara yang disifatkan sebagai 'Little Napoleon' ditukarkan kerana tidak dapat bekerjasama dengan peneroka serta membelakangkan ketetapan yang diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Pengerusi JKKK Felda Belara, Yassin Mat Hasan, berkata memorandum bantahan sudah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Pengerusi Felda, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor dan Pengurus Besar Felda Wilayah Terengganu, Faizoull Ahmad.

Ulasan Felda Setia :

Kenapa perkara ini boleh berlaku ?. Di mana silapnya.

Saya percaya kepimpinan tertinggi Felda sememangnya diakui mudah diajak berunding dan tidak sepatutnya perkara begini berlaku.

Diharap pada masa depan perkara ini tidak akan berlaku, sama-samalah kita jagai hubungan yang cukup baik ini.

Kepada pengurusan Felda , diharap kerap-kerap turun ke Rancangan dan tinjau-tinjaulah dan bantu apa yang sepatut dibantu jangan hanya mengharapkan laporan daripada pengurusan rancangan saja.

Tidak ada perkara yang tidak boleh diselesaikan asalkan kita sanggup berusaha untuk menyelesaikan.

Kepada kepimpinan rancangan , kita gunakan saluran yang betul untuk menyelesaikan masalah. Kita ada banyak saluran yang boleh digunakan untuk menyelsaikan masalah seperti ini.

SAMA-SAMALAH KITA HARGAI SUMBANGAN FELDA KEPADA KITA SEMUA.

5 comments:

  1. Kesian Pengurus yg jaga peneroka, boleh pulak ditukar2 atas permintaan peneroka. Jika di estet, pekerja yg akan diberhentikan, jika tunjuk besar kepala lawan taukey. Mengurus peneroka ni, jgn tunjuk kuasa sgt. Ikut saja, selamatlah. Mereka tu 'kan kah "tuan tanah" !!

    ReplyDelete
  2. Pengurus Felda kena diberi kursus menangani isu2 peneroka denganm berhemah...

    Di awal tahun 70'an dulu, kalau nak jadi pengurus kena pergi kursus kat INPUT di Trolak selama 3 bulan...baru layak jadi pengurus...

    Sekarang ni macam mana?

    Boleh tanya kat bekas Pengetua2 INPUT.. mereka masih sehat walafiat...

    ReplyDelete
  3. Zaman dh berubah. Th 70an dulu, lain. Skg ni byk sgt politiking. Kebanyakan Pengurus2 yg ada skg karisma mereka tidak sehebat Pengurus2 th 60an dan 70an dulu. Pengurus2 dulu tahan lasak dan boleh ketepi ketengah dan biasanya sangat dihurmati. Kehidupan ketika itu juga mmg susah dan serba kekurangan dan kpd Penguruslah mereka bergantung. Berbanding skg, ramai peneroka yg berjaya kerana penglibatan mereka didalam perniagaan. Maka ada diantara mereka yg beranggapan, Pengurus tidak perlu lagi kerana konon2nya mereka mampu mengurus sendiri kebun2 mereka. Hakikatnya tidak. Mereka cuma berangan2 besar sahaja sedangkan kemampuan tidak ada. Maka ada segelintir yg tidak mahu lagi FELDA menguruskan kebun2 mereka untuk ditanam semula tetapi akhirnya kebun mereka jadi "belukar" dan menyembah semula FELDA dan menelan semula kata2 mereka. Tidaklah semua, ada juga yg berkemampuan uruskan sendiri kebun2 mereka dgn baik.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih di atas pandangan bakmaipungkoq dan Tok man.
    Sebenarnya kedua-dua pihak mesti ada sifat bertolak ansur, pengursu juga haru menerima pandangan peneroka dan peneroka juga harus mendengar pandangan pengurus.
    Perkara yang penting adalah setiap perkara yang hendak dilakukan dalanm rancangan Felda yang berkaitan dengan Masyarakat peneroka mesti ada perundingan diantara pengurusan Felda dengan Peneroka, barulah ada persamaannya.

    ReplyDelete
  5. salam semua..
    aku sbnrnye gnerasi ke3 felda belara.
    hanya pnduduk felda belara sahaja yang tahu ape sebenarnya yang berlaku di kampung halaman ku.
    mungkin isu ini nampak agak tidak patut berlaku di felda. akan tetapi yang yang penduduk felda belara buat ini adalah betul. ini kerana kami semua sudah banyak kali membuat permohonan kepada pihak wilayah untuk menukar pengurus sedia ada, namun tiada ape2 tindakan. komen ku ini bukan lah untuk mengutuk sesiapa dan jauh sekali mahu mengaibkan beks pengurus ini. untuk pengetahuan semua. pengurus ini terlalu banyak mensolap duit penoroka. bayangkan bil maintence traktok yang asalnya 2k boleh menjadi hingga 5k. perkara ini disahkan sendiri oleh mekanik yang membaiki nye. banyak juga projek2 yang dibuat tidak mendatangkan ape2 faedah kpd pnduduk.
    belia di felda belara juga dinafikan haknya. untuk pengetahuan semua sy skrang stdy di METC kosselenggara pesawat under biasiswa felda. banyak tawaran2 kerja dan kemahiran tidak disampaikan kepada kami. bayangkan berita tawaran ke METC yang saya dapat sekarang hanya dapat saya ketahui dari kawan saya dari felda laen. kami di felda belara tidak tahu sebarang tawaran dari felda. ini menyebabkan ramai belia2 disini hanya tinggal di kg.
    salam..

    October 21, 2009 2:50 AM

    ReplyDelete