SALAM SEJAHTERA

Thursday, May 21, 2009

KUANTAN [5.00 am] - Satu laporan polis besar-besaran akan dibuat di IPD Kuantan jam 10.00 pagi ini oleh Saudara Mazlan Aliman (foto), Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (ANAK) berhubung dengan kezaliman pihak Felda yang mengugut para peneroka yang terlibat membuat kerja tanam semula. Banyak laporan yang diterima daripada kalangan peneroka Felda tentang perkara ini, malah ada dikalangan mereka adalah terdiri daripada pemimpin dan ahli UMNO sendiri yang telah sekian lama menyokong kerajaan. Tindakan mengugut dan menahan hak mereka amatlah bertentangan dengan dasar kemanusia itu sendiri. Peneroka yang menanam semula secara sendiri dianggap sebagai pengkhianat kepada Felda. Walhal, mereka sebenarnya sudah habis membayar segala hutang kepada Felda dan telah mendapat Geran Hak Milik masing-masing. Atas faktor keuntungan yang berlipat ganda serta mahu para peneroka terus "dicucuk hidung umpama lembu" dengan Felda, maka mereka dipaksa untuk menyerahkan kembali proses tanaman semula kepada Felda. Ini akan menyebabkan para peneroka terbabit sekali lagi menanggung bebanan hutang "pusingan kedua" hinggalah mereka menghembuskan nafas mereka di muka bumi ini. Malahan hutang itu pula, bakal ditanggung oleh generasi kedua Felda setelah ibubapa mereka meninggal dunia. Ini menunjukkan bahawa tiada ertinya para peneroka terbabit mendapat geram Hak Milik seperti yang diwar-warkan. Sudah agak lama para peneroka Felda di seluruh negara tertipu dengan dasar ini

Tuesday, May 19, 2009

LAWATAN TIM MENTERI DI JPM

YB Tuan Haji Ahmad Bin Haji Maslan (Tim Menteri di JPM) telah mengadakan program melawat kawasan Tanah Rancangan Felda. Terbaru ialah di Felda Bukit Sagu 2. Sebelum itu,sebanyak 4 buah Felda talah beliau lawatan. Di Felda Bukit Sagu 2, beliau sampai di rancangan ini lebih kurang jam 11.00 malam sebelum itu belaiu sempat menyampaikan ceramah di Kem BTN Bukit Sagu. Beliau telah memilih untuk menginap di salah sebuah rumah peneroka. Di sini beliau sempat beramah mesra dengan masyarakat berhampiran rumah tersebut, suasana dan sambutan sangat baik. Pada paginya beliua bersolat di Masjid dan seterus memberi tazkirah lebih kurang 45 minit yang menjelaskan tentang 5 perkara tentang FELDA. Selepas itu, Beliau bersama-sama masyarakat telah singgah minum di sebuah warung untuk sarapan pagi sebelum bertolak ke Kilang OPF untuk meninjau perkembangan kilang pertama yang dibina oleh FELDA. Lawatan YB Ahmad Maslan ini diiringi oleh YB Dato Haji Sohaimi Mohd Shah ( ADUN Sg Lembing )

Program ini sangat -sangat berkesan dan sewajarnya ianya dilakukan sekerap mungkin. Sambutan dari masyarakat sungguh baik dan pendekatan YB bermesra dengan masyarakat cukup memberi kesan yang baik. Di harap kepada semua pemimpin, bersama-samalah kita jadikan contoh agar rakyat dan masyarakat akan terus memberi keyakinan dan kepercayaan kepada kerajaan Barisan Nasional.