SALAM SEJAHTERA

Thursday, May 21, 2009

KUANTAN [5.00 am] - Satu laporan polis besar-besaran akan dibuat di IPD Kuantan jam 10.00 pagi ini oleh Saudara Mazlan Aliman (foto), Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (ANAK) berhubung dengan kezaliman pihak Felda yang mengugut para peneroka yang terlibat membuat kerja tanam semula. Banyak laporan yang diterima daripada kalangan peneroka Felda tentang perkara ini, malah ada dikalangan mereka adalah terdiri daripada pemimpin dan ahli UMNO sendiri yang telah sekian lama menyokong kerajaan. Tindakan mengugut dan menahan hak mereka amatlah bertentangan dengan dasar kemanusia itu sendiri. Peneroka yang menanam semula secara sendiri dianggap sebagai pengkhianat kepada Felda. Walhal, mereka sebenarnya sudah habis membayar segala hutang kepada Felda dan telah mendapat Geran Hak Milik masing-masing. Atas faktor keuntungan yang berlipat ganda serta mahu para peneroka terus "dicucuk hidung umpama lembu" dengan Felda, maka mereka dipaksa untuk menyerahkan kembali proses tanaman semula kepada Felda. Ini akan menyebabkan para peneroka terbabit sekali lagi menanggung bebanan hutang "pusingan kedua" hinggalah mereka menghembuskan nafas mereka di muka bumi ini. Malahan hutang itu pula, bakal ditanggung oleh generasi kedua Felda setelah ibubapa mereka meninggal dunia. Ini menunjukkan bahawa tiada ertinya para peneroka terbabit mendapat geram Hak Milik seperti yang diwar-warkan. Sudah agak lama para peneroka Felda di seluruh negara tertipu dengan dasar ini

4 comments:

  1. Felda Setia
    Saya tertarik dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Sdr Mazlan Aliman yang menyatakan Felda menahan hak peneroka dan menuduh FELDA menganggap Peneroka sebagai pengkhianat.(rujuk dalam kenyaata akhbar pada 21 may2009).Saya nak tanya sdr Mazlan selam ini adakah Felda telah menahan hak keluarga sdr mazlan selam berada di tanah Felda ini. Untuk makluman sdr, saya juga generasi kedua Felda dan sekarang ini sebagai peneroka Felda dan ayah saya juga menanam semula sawit secara persendirian. kami tidak ada apa-apa masalah dengan Felda bahkan pihak Felda juga banyak membantu senasa tanam semula tersebut.Oleh itu, saya berharap jangan keran kepentingan politik kita menidakkan perkara yang benar. KALAU HENDAK MENJADI HERO JADILAH DI GELANGGANG PERANG JANGAN MENJADI PETUALANG DI GELANGGANG TERANG NATI MELAYU YANG AKAN RUGI

    ReplyDelete
  2. salam..masalah di felda ni dah lama ana dengar..mungkin ada cara penyelesaian dan pendekatan yg terbaik bg menyelaesaikan kemelut di tanah rancangan felda ni..sayangi lah apa yg kita ada, ramai yg mencemburui generasi felda.

    ReplyDelete
  3. Your blog is very nice. The images are very beautiful. God is Great. Best wishes.

    http://www.thedynamicnature.com

    ReplyDelete
  4. Saja2 mau cari pasal ke bro. Muhasabah diri. Tanya ayah ko, masa mula2 jdi peneroka dulu, apa harta yg ayah ko ade? Bila dh senang sikit, lupa diri. Tak tahu bersyukur! Org macam inilah yg Allah akan tarik balik nikmat yg dipinjamkan semenatra. Kami yg duduk dikg tradisi ni tidak ada siapa pun yg peduli, sedangkan ko ditatang bagai minyak yg penuh oleh kerajaan (FELDA). Sedarlah sikit dek untung. Kmi di sini terpaksa usaha sendiri tanpa bantuan sesiapa. Cuba ko bayangkan, ko boleh hidup ke dalam keadaan serba kekurangan spt kami ini. Maka banyak2lah bersyukur dan jangan suka timbulkan huru hara.

    ReplyDelete