SALAM SEJAHTERA

Wednesday, September 9, 2009

Pembunuhan Asimah disiasat dari pelbagai sudut
09/09/2009 4:58pm

KUALA TERENGGANU 9 Sept. — Polis akan menyiasat daripada pelbagai sudut berhubung pembunuhan bekas Ketua UMNO Cawangan Felda Mengkawang, Asimah Abdul Rahman, 51, semalam.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Supt K.Manoharan berkata, pihaknya turut akan menggunakan khidmat pakar forensik bagi mengesan bukti dan punca kejadian.
“Jangan buat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu kerana kita akan menyiasat daripada pelbagai sudut. Ini termasuk latar belakang mangsa dan bertanya jiran untuk mendapat gambaran sebenar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mayat Asimah yang juga Pengerusi Gabungan Pergerakan Wanita UMNO Felda Wilayah Terengganu, ditemui dalam keadaan terlentang berlumuran darah di ruang tamu rumahnya di Felda Mengkawang, Hulu Terengganu oleh jiran.

Ulasan Felda Setia:

Sama- samalah kita sedekah bacaan surah Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Asimah, semuga Allahyarhamah dicucuri Rahmat oleh ALLAH SWT.

Persoalanya kenapa perkara begini berlaku dalam Rancangan Felda?. Siapakah punya angkara ini ?.

Kita cukup sedih dan terkejut di atas peristiwa yang berlaku ini, Apakah kerana tanah rancangan ini sudah tidak selamat untuk diduduki ?. Atau terlalu luas kebebasan yang kita berikan dalam Rancangan Felda ini ?. Ataupun Felda tidak memberi keutamaan dari segi keselamatan kepada masyarakat Felda ?. SAMA-SAMA KITA RENUNGKAN.

Bagi saya , tidak perlu kita salahkan sesiapa dalam kejadian sebegini, kita serahkan kepada pehak polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan.

Apa yang perlu kita ambil penganjaran dalam kes ini ialah kita perlu ada kerjasama yang erat dalam rancangan untuk menentukan keselamatan masyrakat Felda terjamin.Jangan sesekali kita asingkan diri kita dengan masyarakat,jangan kita jauhkan diri kita oleh kerana kelainan fahaman politik. Kita mesti bersatu dalam apa jua perkara diantara satu sama lain untuk mempastikan keselamatan rancangan kita terjamin.

Satu ingatan kepada para Penerokawati, harus berwaspada apabila berada di rumah keseorangan. jangan mudah kita menerima tetamu yang tidak kita kenali, jangan sesekali kita memakai barang kemas yang berharga apabila berada di rumah.Kita tidak tahu yang mana jahat dan yang mana baik.

Kepada pengurusan Felda juga, sama -sama kita fikirkan bagaimana langkah seterusnya perlu dilakukan demi mempastikan keselamatan Rancangan tetap terjamin. Kita ada polis Felda, Kita ada buruh pendatang asing. Kita juga biarkan jurujual dari luar bebas memasuki ke rancangan kita dan segala-galanya kita biarkan.

OLEH ITU AMBILAH IKHTIBAR DALAM PERISTIWA INI.

1 comment:

  1. Tuan dijemput menghadiri Dialog Bersama Pemimpin, sila berikan nama penuh, no ic, nama blog dan no telefon dan emailkan kepada saya di darulehsantoday.blog@gmail.com, dengan kadar segera untuk booking tempat duduk. tarikh, tempat dan masa akan diberitahu melalui email. terima kasih

    ReplyDelete