SALAM SEJAHTERA

Sunday, March 15, 2009

RENUNGKANLAH....

UNTUK RENUNGAN MASYARAKAT FELDA.
Sebagai seorang Peneroka Felda samada yang telah mendapat geran hak milik ataupun yang masih lagi belum mendapat hak milik. Marilah kita merenungi sejenak dari mana kita datang?, Bagaimana kehidupan kita sebelum memasuki Tanah Rancangan Felda, Bagaimana keadaan keluarga kita semasa itu. HARI INI, Bagaimana kita sekarang ?. Apa yang telah kita miliki setelah sekian lama kita berada di Tanah Rancangan FELDA ?. Apakah kehidupan kita sekarang ini lebih susah daripada sebelum kita memasuki FELDA ?.
Apakah kita sedar bahawa apa yang kita miliki sekarang ini adalah anugerah ALLAH swt melalui kerajaan sekarang (BN). Dulu kita hidup begitu susah bak kata perpatah "Kais pagi makan pagi kais petang makan petang" tapi sekarang bagaimana kita. Tanah yang kita miliki sekarang ini adalah pemberian kerajaan (BN), TAHUKAH KITA, apa yang kita bayar kepada FELDA selama ini adalah kos pembangunan bukannya kita membayar tanah yang kita milik sekarang ini.
HARI INI BAGAIMANA KITA ?.
Sama - sama lah kita renungi apa yang telah kita dapat selama kita berada di FELDA ini.
ANAK-ANAK : Bagaimana tentang pendidikannya.Bagaimana bantuan Felda tentang pendidikan anak - anak kita?.
RUMAH : Bagaimana keadaan rumah kita sekarang? adakah seperti mula-mula kita masuk FELDA dulu ataupun sudah berubah. Dari rumah kayu kepada rumah batu. Kalau belum berubah kenapa?. Bagaimana dengan rumah jiran- jiran kita, adakah mereka juga sama seperti kita ataupun rumah mereka sudah berubah jauh lebih dari kita atau kita lebih dari mereka. Kalau kita seperti dulu kenapa?. Adakah Felda tidak memberi peluang kepada kita ataupun FELDA tidak membantu kita. Ataupun kerana KITA yang tidak mahu berubah dan kita suka menyalahkan orang lain?. RENUNGKANLAH. akan disambung.

2 comments:

  1. Aku pun terpanggil untuk sama-sama memberi pendapat kerana aku juga anak PENEROKA. Tapi aku bangga hari ini walau aku anak PENEROKA berjaya masuk Universiti,dapat kerja, dapat suami dan dapat anak empat orang. Alhamdulillah. Bile aku renung kembali dapatkah aku berjaya kalau tak ade bantuan kerajaan. Tak ade Kerajaan kat dunia ini sebaik kerajaan Malaysia.Mendapat biasiswa daripada Ting 1 sehingga Universiti dapat bantuan pinjaman YAYASAN PAHANG.Anak lahir pula hantar ke Klinik Kerajaan... Ayah aku dapat tanah FELDA Tapak rumah dan ladang . kalau tak mari hijrah ke Pahang aku tak tau ayah aku nak merempat kat mane.. Syukur Alhamdulillah Arwah Tun Abdul Razak membuka FELDA untun Melayu. Tapi adakah semua PENEROKA sedar ??? Ingatlah dan terima kasih harus diberikan kepada Kerajaan. Ds Najib juga menyambung perjuangan ayahandanye tanpa meninggalkan masyarakat FELDA dalam era membangunkan Malaysia. Syabas! Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Bagi aku, apa yang ada pada peneroka felda hari ini ialah, usaha mereka sendiri dengan peluang dan bantuan yang dihulurkan kerajaan. Terima kasih Tun Razak

    ReplyDelete